Faedah Shalat Sunat Tarawih




Shalat Sunat Tarawih / Taraweh / Teraweh
Sholat tarawih adalah sholat yang dikerjakan di malam bulan ramadhan yang dapat dikerjakan secara sendiri-sendiri atau berjamaah bersama-sama. Waktu pelaksanaan sholat tarawih adalah setelah pelaksanaan solat isya sampai dengan terbit fajar shubuh.
Solat trawih hukumnya sunat muakkad / sunat penting yang terdiri dari 8 atau 20 rokaat diakhiri dengan shalat sunah witir 3 roka'at. Setiap dua atau empat roka'at diakhiri satu salam. Pada raka'at kedua ada baiknya membaca surat al-ikhlas setelah membaca surat al-fatihah.

Manfaat Dan Keutamaan Shalat Tarawih

  • Malam 1: Diampuni dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti halnya ia baru dilahirkan, mendapat pengampunan dari Allah.
  • Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
  • Malam 3: Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
  • Malam 4: Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
  • Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.
  • Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
  • Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.
  • Malam 10: Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.
  • Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
  • Malam 12: Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
  • Malam 13: Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
  • Malam 14: Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
  • Malam 15: Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.
  • Malam 16: Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
  • Malam 17: Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
  • Malam 18: Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
  • Malam 19: Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
  • Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
  • Malam 21: Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
  • Malam 22: Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).
  • Malam 23: Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
  • Malam 24: Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
  • Malam 25: Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
  • Malam 26: Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
  • Malam 27: Allah kurniakan orang bertarawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
  • Malam 28: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
  • Malam 29: Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
  • Malam 30: Allah SWT memberi penghormatan kepada orang bertarawih pada malam terakhir ini dan sangat di istimewakan, lalu Allah SWT berfirman: “Hai hambaKu: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air surga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikarniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar”.”


Semoga dengan adanya info ini,,kita semua dapat lebih giat lagi dalam menjalankan perintah agama.....



Responses

1 Respones to "Faedah Shalat Sunat Tarawih"

Anonymous said...

Saya pernah juga mendengar fadilah sholat tarwih di atas, membuat kita bersemangat menunggu melaksanakan tarawih malam berikutnya. Kalo boleh tahu bisa disebutkan sumbernya gak mas biar lebih afdol. jazakillah...


July 30, 2012 at 2:59 AM

Post a Comment

 

Rank Blog

My Page

Ping your blog, website, or RSS feed for FreeMy Ping in TotalPing.comPing Blog ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free
Copyright © 2012 | GUDANG ILMUTemplate by TREASURY